Dari Jabir bin Abdullah bahawa Nabi S.A.W berjalan lalu baginda melihat seekor anak kambing bertelinga satu yang telah mati. Maka baginda pegang telinga kambing itu hingga terangkatlah seluruh badannya lalu berkata: "Siapa diantara kalian semuanya yang bersedia membeli ini satu dirham?"
Mereka menjawab: "Kami sama sekali tidak berminat membelinya dengan harga berapa pun." Nabi berkata: "Apakah kalian mahu jika ini kuberikan secara percuma kepada kalian?" Mereka menyahut :"Demi Allah, sekiranya anak kambing ini hidup, nescaya ia cacat, kerana hanya bertelinga satu, apalagi ia mati?" Nabi bersabda: "Demi Allah sesungguhnya dunia seisinya lebih hina dalam pandangan Allah daripada kambing ini menurut pandangan kamu."
wow nice pix salam ziarah, pertama kali mengunjungi fp rasa seperti gedung ilmu, byk hadis & riwayat yang belum pernah sy dengar.. tahniah untuk usaha murni saudara...