Ichirou yang nak ke kuantan sempat singgah di rumah gua sekadar untuk
beramah mesra dan membuka pekung di dada masing-masing.. Memang
membosankan untuk berborak panjang jika disertai isteri masing-masing..
Topik-topik kegemaran seperti camera, art, graphic dan girls terpaksa
diketepikan untuk memberi laluan kepada topik-topik kegemaran isteri
masing-masing iaitu resepi, perabot dan anak-anak.. sigh..
Tapi tetap terhibur dengan keletah anak-anak terutamanya si Hasan
yang suka melompat-lompat dan menyanyi..